Site icon TechNave BM

realme bakal lancarkan produk rumah pintar pada 25 Mei ini!

Terbaru, realme telah mengumumkan jenama sub terbaru mereka, ‘D’ yang akan fokus kepada peranti rumah pintar. Jika anda menantikan produk pertama mereka, anda tidak perlu tunggu lama kerana realme akan mengadakan acara pelancaran rasmi untuk produk jenama D pada 25 Mei ini.

Dengan jenama D ini, realme memberitahu bahawa mereka ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang baru untuk membantu mencipta produk rumah pintarnya. Antara syarat-syarat kerjasama yang penting termasuklah mempunyai permintaan pengguna yang tinggi dan mampu menghasilkan reka bentuk seragam. Manakala realme pula akan kongsikan penyelidikan dan pembangunan, rantaian bekalan dan jaminan kualiti.

Nantikan berita lanjut mengenai jenama D ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version