Site icon TechNave BM

realme bakal lancarkan telefon bertemakan Naruto pada 26 Mei ini

Selepas melakukan kerjasama dengan Dragon Ball, realme kini sekali lagi melakukan perkara sama namun dengan anime yang berbeza. Kali ini, realme telah menghasilkan telefon realme Gt Neo 3 bertemakan Naruto. Reka bentuk luaran telefon tersebut telah didedahkan secara rasmi.

Daripada imej yang didedahkan, telefon tersebut mempunyai tiga kamera pada bahagian belakang bersebelahan logo realme x Naruto. Telefon tersebut bakal dilancarkan 26 Mei ini dan spesifikasinya akan serupa dengan realme GT Neo3. Edisi standard didatangkan dengan bateri sehingga 4500mAh dan sokongan pengecasan pantas 150W.

Ia merupakan salah satu kelajuan pengecasan tertinggi di pasaran hari ini. Pada masa yang sama, ia juga tersedia dalam versi dengan bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 80W. Dalam imej kiriman di atas, realme mengatakan bahawa selepas 17 bulan pembangunan yang teliti dan 55 model telah disaring, maka terhasil telefon ini untuk peminat Hokage global.

Selain itu, realme turut menyatakan tarikh serta masa pelancarannya iaitu pada pukul 2 petang waktu tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Weibo

Exit mobile version