Site icon TechNave BM

realme bakal lancarkan telefon pintar dengan bateri gergasi 6000mAh

Menurut laporan yang baru sahaja tampil di laman-laman teknologi, realme dikatakan bakal melancarkan telefon pintar dengan bateri berkapasiti 6000mAh pula. Peranti bateri berkapasiti 6000mAh ini dilaporkan bakal hadir di Indonesia terlebih dahulu.

Sebenarnya, terdapat sebuah peranti dikesan dalam pangkalan data TUV Rheinland dengan nombor model BLP793. Peranti ini kelihatannya memiliki spesifikasi bateri gergasi tersebut. Pengarah Pemasaran realme Indonesia juga mengesahkan perkara ini dengan pernyataan beliau bahawa peranti berkapasiri 6000mAh bakal hadir di pasaran Indonesia.

Tidak mustahil jika peranti ini hadir di Malaysia juga memandangkan realme C3 dengan bateri besar 5000mAh turut hadir di pasaran Malaysia. Selepas kapasiti 5000mAh, adakah pengguna bakal melonjakkan trend 6000mAh pula? Kami berharap agar realme dapat mengekalkan prestasi seiring dengan kemajuan kapasiti bateri ini.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi berkenaan spesifikasi lain atau nama peranti ini. Adakah anda bakal melonjakkan trend 6000mAh? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version