Site icon TechNave BM

realme bakal lancarkan versi 5G untuk siri realme 8 di India pada 22 April ini

Sebelum ini, CEO realme India, Madhav Sheth pernah menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan versi 5G untuk siri realme 8 dan ianya akan memasuki pasaran dalam masa terdekat. Terbaru, pihak realme India telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar realme 8 5G dan realme 8 Pro 5G di India pada 22 April ini.

Berdasarkan penyenaraian FCC, realme 8 5G bakal hadir dengan dimensi 162.5 x 74.8 x 8.5mm dan berat 185g. Ia akan menggunakan antara muka realme UI 2.0 atas Android 11 bersama bateri 5,000mAh. Selain dari itu, realme 8 5G juga dikhabarkan akan menggunakan cipset Dimensity 700 5G.

Manakala untuk realme 8 Pro 5G pula, ia dikhabarkan akan dilengkapi cipset Dimensity 800U 5G. Untuk spesifikasi lainnya, ia masih lagi kekal misteri. Kami menjangkakan realme 8 Pro 5G akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan versi 4G nya.

Nantikan berita rasmi mengenai pelancaran realme 8 5G dan realme 8 Pro 5G di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version