Site icon TechNave BM

realme bakal melancarkan siri realme 6 dan band realme di India pada 5 Mac ini

Seberapa pantaskah realme dalam mengejar pasaran teknologi? Setelah mengumumkan flagship realme X50 Pro 5G beberapa hari lepas, kini tercetusnya berita mengenai realme yang bakal melancarkan realme 6 dan realme 6 Pro di India. Bukan itu sahaja, band realme pertama turut akan dilancarkan bersama.

Berdasarkan poster siri realme 6 di India yang menampilkan pelakon Bollywood Salman Khan, siri realme 6 bakal hadir dengan reka bentuk skrin berlubang yang dihuni kamera quad AI 64MP. Selain itu, siri realme 6 dengan paparan FHD+ 90Hz ini turut hadir dengan kamera selfie dalam paparan dan pengecasan pantas 30W.

Band atau gelang pintar juga merupakan produk hangat di pasaran teknologi. realme turut akan melancarkan band pertamanya dengan skrin OLED, monitor kadar denyut jantung dan penyambung USB terbina dalam.

Untuk melihat siri realme 6 dengan lebih lanjut, anda boleh mengunjungi laman webnya. Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai keberadaannya di Malaysia. Adakah anda berminat dengan siri realme 6 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version