Site icon TechNave BM

realme bakal mempamerkan realme TV baru di MWC 2020

Sumber: Root My Galaxy

Apa? realme TV? Betul ke? Ya. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran realme India Francis Wang, realme TV bakal muncul seperti yang dirancang. Menurut balasan di laman Twitter rasminya, beliau menyatakan bahawa orang ramai akan mendengar sesuatu yang menyeronokkan tentang TV di MWC.

Pada mulanya, Francis cuma mengongsikan saham pasaran telefon pintar realme pada suku keempat tahun 2019 di India, kemudian hadirnya soalan mengenai realme TV. Walaupun kami masih tiada maklumat mengenai produk ini, Francis berharap untuk memasuki pasaran komputer riba jika kemunculan TV ini mendapat sambutan. Jika hal ini benar, realme bakal mengikuti jejak Apple, Huawei, HONOR dan OnePlus yang menghasilkan TV pintar.

Selain daripada realme TV, syarikat tersebut merancang untuk mengumumkan jam tangan pintar di Mobile World Congress (MWC) pada 24 Februari 2020. Kami pasti akan membuat liputan. Jadi, nantikan berita realme lain di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version