Site icon TechNave BM

realme bakal perkenalkan robot penyedut habuk pada 15 Jun ini

realme telah meluaskan barisan produknya dengan pelbagai produk rumah pintar mereka. Sehingga kini, mereka telah melancarkan tiga televisyen pintar, mentol pintar, kamera rumah pintar dan plug pintar. Terbaru, mereka dilihat bakal melancarkan robot penyedut habuk.

realme dikhabarkan akan melancarkan realme Robot Vacuum Cleaner pada 15 Jun ini bersama beberapa peranti lain termasuklah realme GT 5G, realme Pad dan realme Book.

realme Robot Vacuum ini mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti kebanyakan robot penyedut habuk yang ada di pasaran. Ia mempunyai reka bentuk berbentuk bulat dengan kemasan matte berwarna hitam. Untuk sistem navigasi lasernya, ia dilihat mempunyai sentuhan warna kuning.

Untuk spesifikasi lain, ianya masih lagi belum diketahui.

Adakah anda berminat dengan robot penyedut habuk dari realme ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version