Site icon TechNave BM

realme bakal umum siri Narzo 50 5G pada 18 Mei ini

Selepas melancarkan Narzo 50 pada bulan Mac lalu, realme akhirnya bersedia untuk memperkenalkan versi 5G minggu hadapan. Akaun Twitter realme India telah mengumumkan bahawa siri 5G realme Narzo 50 akan tiba pada 18 Mei. Berdasarkan perkataan ‘siri’, kami menjangkakan Narzo 50 Pro 5G akan muncul juga.

Melihat kepada poster pengacah yang didedahkan, siri ini akan memuatkan cip MediaTek Dimensity 920 tetapi tidak pasti sama ada ia akan sama untuk varian standard dan Pro. Poster itu juga menunjukkan penyejukan lima lapisan untuk pelesapan haba yang lebih baik di samping peningkatan 9% dalam prestasi gaming.

Memandangkan versi 4G Narzo 50 membuat penampilan sulungnya di Malaysia, peranti yang akan datang sepatutnya sampai di sini juga. Harga Narzo 50 4G bermula pada RM699, jadi varian 5G harganya sepatut lebih tinggi.

Adakah anda teruja untuk melihat siri realme Narzo 50 5G? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version