Site icon TechNave BM

realme Book mungkin dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1135G7, bakal dilancar tidak lama lagi

realme sedang meluaskan barisan perantinya dan kini syarikat tersebut menyasarkan untuk bersaing dalam pasaran komputer riba dan tablet. Sebelum ini, eksekutif realme telah mengacah produk baharu yang akan datang iaitu realme Book dan realme Pad.

Laporan baru dari Digital Chat Station yang tertiris mendakwa realme Book akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1135G7 generasi ke-11. Cipset Tiger Lake U-series ini dihasilkan menggunakan pemproses SuperFin 10nm, empat teras, lapan bebenang, frekuensi teras maksimum 4.2GHz, pemproses grafik Intel Iris Xe bersepadu dengan frekuensi maksimum 1.3GHz.

realme Book dijangka mempunyai paparan 14 inci Full HD dan badannya dibina dengan aluminium. Daripada segi reka bentuk, komputer riba ini kelihatan sangat mirip dengan Apple MacBook Air jika dilihat pada imej janaan yang tertiris. Peranti ini mempunyai port Thunderbolt 4, sistem operasi Windows 10 namun pengguna boleh mengemaskini kepada Windows 11 yang baharu.

realme sedang menyelesaikan ekologi interconnected antara telefon pintar, komputer riba dan tablet. realme GT Master Edition yang baru dilancarkan juga dilengkapi dengan ciri interconnected yang berfungsi sebagai pemindahan fail antara peranti, berkongsi papan klip, menerima atau menghantar mesej dan penyelarasan foto.

Madhav Sheth selaku Ketua Pegawai Eksekutif realme India dan Eropah mengisyaratkan bahawa komputer riba pertama jenama realme itu bakal dilancarkan secara rasmi bersama telefon pintar siri realme GT di pasaran India pada 18 Ogos nanti.

Nantikan berita lanjut mengenai realme Book ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version