Site icon TechNave BM

realme Book Slim dilancar: Komputer riba nipis dengan Intel Core i5 11th Gen bermula ~RM2,565

realme hari ini telah melancarkan komputer riba pertama mereka di India iaitu realme Book Slim yang menampilkan rekaan nipis dan dikhaskan untuk kegunaan para pelajar serta tugas produktiviti. Ia juga akan dijual pada harga berpatutan bagi memudahkan golongan pelajar untuk membeli komputer tersebut.

Skrin komputer ini dilengkapi paparan IPS berukuran 14 inci dengan resolusi 2K (2160×144) dan nisbah aspek yang agak menarik iaitu 3:2. Sempadan bezel pada skrin ini juga adalah nipis, dengan ukuran 8.45mm di bahagian atas dan 5.3mm di bahagian sisi, meninggikan nisbah skrin-ke-badan kepada 90%.

realme Book Slim dilengkapi cipset Intel 11th Gen Core i3 atau Core i5 dan pengecasan 65W yang membolehkan baterinya untuk dicas 50% selama 30 minit shaja. Ia juga menyokong penggunaan pengecas Dart Charge 30W. Baterinya mempunyai kapasiti 54WHr di mana realme mengatakan boleh bertahan sehingga 11 jam.

Jika anda menggunakan telefon Android, ia boleh dihubungkan dengan realme Book Slim melalui PC Connect. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo HARMAN dan sepasang kipas penyejukan Storm Cooling System.

Untuk menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana, realme Book Slim mempunyai ketebalan 14.9mm sahaja dengan berat 1.38kg. Berikut adalah harga varian realme Book Slim untuk pasaran India:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer realme dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version