Site icon TechNave BM

realme Book Slim mampu mengawal telefon realme dengan PC Connect

realme bakal melancarkan komputer riba pertama mereka realme Book Slim dalam masa yang terdekat. Kini, komputer riba dilihat mampu untuk mengawal telefon pintar realme menggunakan ciri baru yang dipanggil PC Connect.

Ciri ini dilihat hampir sama dengan ciri HUAWEI Share dan juga Microsoft Your Phone. Namun berbeza dengan HUAWEI Share yang menggunakan NFC, PC Connect ini dijangka menggunakan Wi-Fi Direct.

realme Book Slim ini bakal hadir ke pasaran China dan India pada 18 ogos minggu hadapan. Ia dijangka hadir dengan skrin 2K bernisbah aspek 3:2, pengecasan pantas 65W melalui port USB-C, papan kekunci bercahaya dan rangka aluminium.

Adakah anda meminati ciri PC Connect ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version