Site icon TechNave BM

realme Buds Air 2 Neo dilancar : Ciri ANC, bateri 28 jam, harga bermula~ RM219

Terbaru, realme telah melancarkan realme Buds Air 2 Neo di Pakistan beberapa minggu selepas mereka melancarkan realme Buds Air 2. Buds Air 2 Neo masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ada pada Buds Air 2, namun hadir dengan reka bentuk yang berbeza.

Buds Air 2 Neo hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dengan pengurangan bunyi 25 dB sama seperti yang asal. Peranti ini juga hadir dengan mod Transaparent dan menggunakan cip realme R2.

Bateri peranti ni adalah sedikit berbeza dari Buds Air 2, ia mampu bertahan selama 20 jam (dengan ANC) dan 28 jam (tanpa ANC). Fon telinga ini mampu bertahan selama 5 jam sekali cas dan pengecasan selama 10 minit dapat menawarkan 2 jam penggunaan.

realme Buds Air 2 Neo juga dilengkapi pemacu 10mm dengan lapisan Liquid Crystal Polymer dan setiap fon telinga dapat berhubung dengan telefon menggunakan Bluetooth 5.2. Untuk bermain game, ia mempunyai mod Game yang dapat mengurangkan sela masa sehingga 88ms.

Sama seperti yang asal, ia hadir dengan ciri kalis air IPX5 yang dapat bertahan dari peluh dan hujan.

realme Buds Air 2 Neo dijual dengan tanda harga PKR 8,000 (~RM219) dan ditawarkan dengan dua warna iaitu Active Black (Hitam) dan Calm Grey (Kelabu).

Buat masa ini, tiada berita mengenai kehadiran ini untuk pasaran Malaysia. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version