Site icon TechNave BM

realme Buds Air 2 rasmi di Malaysia: Ciri ANC, IPX5 dan tahan 25 jam berharga RM199

Hari ini, realme Malaysia telah melancarkan realme Buds Air 2 di pasaran tempatan. Dengan harga RM199, fon telinga wayarles ini boleh mula didapati pada 3 April 2021 di kesemua pengedar sah dan realme Brand Store. Untuk pembelian dalam talian, ia bakal tersedia pada 8 April (12 AM) di Lazada.

realme Buds Air 2 kini dilengkapi Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dan reka bentuknya adalah seperti reale Buds Air sebelum ini. Menurut realme, fungsi ANC ini boleh mencapai 25 dB dimana ia berupaya menghalang hampir seluruh bunyi di persekitaran anda. Tambahan pula, ia memiliki Dua Mikrofon Pembatalan Hingar untuk anda membuat panggilan atau menjawab panggilan dengan jelas.

Ketahanan bateri fon telinga ini kini lebih baik sebanyak 80% dan latensi telah dikurangkan sehingga 35%. Ia mampu memainkan muzik sehingga 5 jam dan 25 jam secara keseluruhan (termasuk ketahanan bateri bekas pengecasan). Tambah realme, kualiti bunyinya adalah lebih baik dengan pemacu 10mm Diamond-class HiFi. Ia juga dilengkapi sokongan tahan peluh dan hujan IPX5, jadi anda boleh menggunakan peranti ini ketika sedang bersenam.

realme Buds Air 2 tersedia dalam pilihan warna Closer Black (hitam) dan Closer White (putih) yang diinspirasikan daripada lagu popular bertajuk Closer dari Chainsmoker. realme menyatakan bahawa Chainsmoker bekerjasama dengan realme untuk kejuruteraan bunyi bes (bass) yang membuatkan anda terasa seperti berada dalam konsert.

Adakah anda berminat dengan realme Buds Air 2? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version