Site icon TechNave BM

realme Buds Air 8 dan Buds T500 Pro turut rasmi dengan ANC hingga 55dB bermula RM199

Selain pelancaran siri telefon pintar realme 16 Pro, realme Malaysia turut memperluaskan penawaran audio mereka dengan memperkenalkan dua TWS baharu iaitu realme Buds Air 8 dan realme Buds T500 Pro ke pasaran tempatan.

Bagi model premium, realme Buds Air 8 hadir dengan konfigurasi dwi-pemacu yang menggabungkan woofer 11mm dan tweeter 6mm untuk menghasilkan bass lebih padu serta treble yang lebih jelas. Ia turut menyokong Hi-Res Audio dengan codec LHDC bersama audio spatial untuk pengalaman pendengaran lebih imersif.

Selain itu, ia dilengkapi Active Noise Cancellation (ANC) sehingga 55dB, Bluetooth 5.4, mod permainan latensi rendah dan sokongan sambungan pelbagai peranti. Untuk bateri, Buds Air 8 menawarkan sehingga 58 jam penggunaan bersama bekas pengecas termasuk sokongan pengecasan pantas.

Sementara itu, realme Buds T500 Pro pula diposisikan sebagai pilihan lebih mampu milik, namun masih mengekalkan ciri moden. Ia menggunakan pemacu bersaiz 12.4mm yang ditala untuk bass kuat serta menyokong ANC sehingga 50dB dan audio spatial. Untuk bateri, ia mampu bertahan sehingga 56 jam yang hampir setanding dengan model lebih premium.

realme Buds Air 8 ditawarkan pada RM299 manakala Buds T500 Pro pada RM199. Sebagai promosi pelancaran, Buds Air 8 boleh didapati pada harga RM249 apabila dibeli bersama mana-mana model dalam siri realme 16 Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version