Site icon TechNave BM

realme Buds Q2s dilancar: AI ENC, mod gaming, Bluetooth 5.2 dan bateri 30 jam berharga ~RM130

Baru-baru ini, realme telah mengumumkan dua produk baharu iaitu realme Buds Q2s dan realme V25. Buds Q2 mempunyai beberapa ciri yang difokuskan seperti kependaman rendah untuk gaming, sambungan Bluetooth 5.2 dan ketahanan bateri sehingga 30jam.

realme Buds Q2 dilengkapi pemacu Bass Boost 10mm dengan diafragma Polimer TPU dan bateri berkapasiti 40 mAh pada setiap fon telinganya. Dianggarkan masa main balik lagu tahan sehingga 5 jam. Sarung pengecasannya mempunyai bateri berkapasiti 480mAh yang membekalkan jangka hayat sehingga 30 jam.

Pengecasan selama 10 minit membekalkan hayat bateri selama 3 jam. Ciri lain termasuk codec audio AAC, kawalan sentuh, sokongan pembantu suara dan AI ENC semasa panggilan. Ciri ini mengurangkan bunyi ambien di sekeliling dan pendengar dapat mendengar suara anda dengan lebih jelas.

Mod gaming memastikan kependaman pada kadar 88ms dan memiliki pensijilan IPX4. realme Q2s tersedia dalam dua warna iaitu Paper White, Paper Green dan hitam serta berharga CNY 199 (~RM130).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Weibo

Exit mobile version