Site icon TechNave BM

realme Buds T300 turut rasmi, miliki Pemacu Bass Dinamik 12.4mm dan ANC 30dB berharga RM199

Selain daripada pelancaran realme c51, realme turut mengumumkan peranti baharu dalam siri wayarles Buds iaitu realme Buds T300. Fon telinga ini memiliki Pemacu Bass Dinamik 12.4mm bersalut titanium ditambah dengan Audio Spatial 360°, Pembatalan Hingar Aktif 30dB, Pembatalan Hingar Quad-mik dan kependaman super rendah 50ms.

Pemacu Bass Dinamik bersalut Titanium 12.4mm adalah 24% lebih besar daripada pemacu 10mm dalam Buds T100 generasi sebelumnya. Mikrofon yang digunakan menyokong Dolby Atmos. Seterusnya, Pembatalan Hingar Panggilan Quad-mik digabungkan dengan algoritma AI membolehkan pengguna bercakap dan mendengar dengan lebih jelas semasa panggilan.

Dilengkapi dengan cip Bluetooth 5.3, ia mampu mencapai kependaman super rendah 50ms semasa bermain game. Bateri realme Buds T300 menawarkan hayat bateri sehingga 40 jam. TWS juga dilengkapi pengecasan pantas melalui port USB-C. Tempoh pengecasan selama 10 minit membolehkan pengguna mendengar muzik selama 7 jam. 

Tersedia dalam warna Stylish Black dan Youth White, realme Buds T300 memiliki berat 4.1g untuk setiap fon telinga serta kalis air dengan penarafan IP55. Model fon putik wayarles terbaru ini kini boleh didapati di Kedai Jenama realme, kedai rasmi Lazada, Shopee dan TikTok dengan harga RM199.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Buds T300 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version