Site icon TechNave BM

realme Buds Wireless 2, Watch 2 Pro dan Pocket Bluetooth Speaker dilancar di Malaysia, bermula RM49

realme Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa lagi aksesori teknologi baru dalam barisan produk realme AIoT yang dikhaskan untuk kegunaan sukan iaitu fon telinga realme Buds Wireless 2, realme Buds Wireless 2 neo, jam tangan realme Watch 2 Pro dan pembesar suara realme Pocket Bluetooth Speaker.

realme Buds Wireless 2 merupakan fon telinga wayarles yang dilengkapi pembatalan hingar aktif sehingga 25dB, pengiktirafan audio Sony LDAC Hi-Res Audio dan pengecasan Dart Charge yang boleh memainkan muzik selama 12 jam dengan pengecasan 10 minit. Baterinya mampu tahan sehingga 22 jam dan ia turut dilengkapi rating kalis air IPX5. Ia akan dijual dengan harga promosi RM129 pada 6 Jun, jam 12:00 tengah malam dan terdapat dalam warna kuning dan kelabu.

realme Buds Wireless 2 Neo dilengkapi pemacu 11.2mm, bateri yang boleh tahan sehingga 17 jam, 10 minit pengecasan untuk penggunaan 120, masa tindak balas 88mm untuk Game Mode, pembatalan hingar ENC, berat 23.1 gram dan rating kalis air IPX4. Ia akan dijual dengan harga promosi RM49 pada 6 Jun jam 12:00 tengah malam serta ditawarkan dalam warna hijau, hitam dan biru.

Jam tangan pintar realme Watch 2 Pro dilengkapi skrin berwarna penuh 30Hz berukuran 1.75 inci, resolusi 320×385, keterangan 600 nits dan dibuat daripada gelas 2.5D. Ia mengandungi lebih 100 muka jam, 90 mod sukan, pengukur tahap oksigen dalam darah, pengukur degupan jantung, bateri 390mAh yang boleh tahan selama 14 hari dan rating kalis air IP68. Ia akan dijual dengan harga RM299 bermula 29 Mei serta ditawarkan dalam warna kelabu dan perak.

Pembesar suara realme Pocket Bluetooth Speaker dilengkapi bateri 600mAh yang boleh tahan selama enam jam, teknologi Bass Boost+, pemacu 3W Dynamic Boost, fungsi Stereo Pairing, fungsi menjawab panggilan, masa tindak balas 88mm untuk Gaming Mode, rating kalis air IPX5 dan port USB-C. Ia akan dijual pada harga RM79.

Kesemua produk di atas boleh dibeli di laman realme Malaysia dalam Shopee pada waktu yang telah ditetapkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version