Baru sahaja internet menjadi saksi penularan pendedahan beberapa spesifikasi realme C11. realme Malaysia kini secara rasminya mengumumkan tarikh pelancaran realme C11 di pasaran Malaysia!
realme C11 bakal dilancarkan melalui sebuah acara siarang langsung yang boleh ditonton di Facebook realme Malaysia pada 30 Jun 2020, jam 11 pagi. Seperti yang diawar-warkan pada poster realme C11 yang tertiris di Indonesia, realme C11 bakal hadir dengan cipset MediaTek Helio siri G, Helio G35.
Ia juga bakal hadir dengan bateri berkapasiti besar 5000mAh, skrin bertakuk titisan air dan dwi-kamera utama. realme yang terkenal dengan penawaran harga mampu milik mungkin menawarkan keistimewaan yang sama pada peranti ini.
Apa pun, adakah anda teruja dengan kemunculan realme C11? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

