Sebelum ini, telefon pintar kelas permulaan realme C11 telah dilancarkan pada 30 Jun dengan harga RM429 untuk varian RAM 2GB dan storan dalaman 32GB. Kini pelanggan boleh memilih sebuah varian yang lebih canggih sedikit iaitu varian RAM 3GB dengan harga RM479.
Pelanggan yang inginkan prestasi yang lebih canggih tentunya memerlukan RAM yang lebih tinggi ini. Untuk rujukan, realme C11 dilengkapi cipset MediaTek Helio G35, skrin HD+ 6.5 inci, bateri 5,000mAh, dwi-kamera 13MP dan kamera hadapan 5MP.
Pada pendapat kami, RM50 yang anda bayar untuk RAM lebih tinggi sebanyak 1GB adalah berbaloi kerana ia akan membuatkan pengalaman penggunaan telefon anda lebih lancar. Tonton video unboxing realme C11 kami untuk butiran lanjut mengenai telefon ini.
Ia akan mula dijual bermula Sabtu, 15 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan varian realme C11 baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

