Site icon TechNave BM

realme C12 bateri 6000mAh, realme Buds Classic dilancar di Malaysia: Dapatkan keduanya berharga RM529

Terkini, realme C12 yang dinanti-natikan telah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti kelas permulaan dengan harga mampu milik ini ditawarkan bersama realme Buds Classic dengan harga RM529.

realme C12 menawarkan kapasiti bateri yang besar 6000mAh, fungsi pengecasan berbalik (boleh mengecas peranti lain) dan tiga kamera dengan mod malam Nightscape. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya di bawah.

realme Buds Classic

Kemunculan fon telinga berwayar ini pasti disukai peminat yang masih menggunakan fon telinga jenis ini. realme Buds Classic kini dilancarkan dengan pemacu bass besar 14.22mm dan mikrofon berdefinisi tinggi.

realme Buds Classic hadir dengan harga RM59, bersama pilihan warna Putih atau Hitam. Turut disertakan adalah pengurus wayar kabel untuk memudahkan anda menggulung wayar fon telinga.

Anda boleh mendapatkan realme C12 dan realme Buds Classic pada harga RM529 di Lazada bermula pada 25 Ogos 2020, manakal secara luar talian bermula pada 31 Ogos ini. Kunjungi laman web rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version