Site icon TechNave BM

realme C12 dilancarkan: Helio G35, bateri 6000mAh, 3 kamera berharga ~RM538

Anda mungkin tidak terperanjat dengan kemunculan realme C12 ini memandangkan terdapat model realme C11 yang telah dilancarkan di Malaysia dan realme C15 yang dilancarkan di Indonesia. Hari ini, realme Indonesia kembali melancarkan sebuah lagi siri C iaitu realme C12.

Seperti yang anda sudah ketahui juga, walaupun realme C12 adalah peranti kelas permulaan, namun realme menawarkan kapasiti bateri yang besar 6000mAh dan tiga kamera dengan mod malam Nightscape. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya di bawah.

Untuk pengetahuan anda, realme C12 hadir dengan pilihan warna Coral Red dan Marine Blue dengan harga 1,899,000 Rupiah (~RM538) di pasaran Indonesia.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia. Nantikan berita mengenainya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dan beritahu kami di laman Facebook jika anda anda akan mendapatkannya.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version