Site icon TechNave BM

realme C12 mungkin dilancarkan di Malaysia dengan bateri 6000mAh

[Kemas kini, 19 Ogos 2020] realme C12 bakal dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos 2020.

Terdahulu, realme telah melancarkan peranti mampu milik realme C11 di pasaran Malaysia. Terkini, terdapat berita mengenai realme yang bakal melancarkan sebuah peranti dengan kapasiti bateri besar 6000mAh di beberapa negara.

Menurut sumber, peranti dengan nombor model RMX2189 dilaporkan mendapat pengesahan daripada beberapa agensi di negara Thailand, Malaysia dan China. Terdapat pengesahan yang mendedahkan kapasiti bateri sebesar 6000mAh.

Kami tidak pasti sama ada ianya adalah realme C15 dengan bateri 6000mAh yang dilancarkan di Indonesia atau mungkin sebuah peranti baharu di antara realme C11 dan realme C15 (mungkin dengan nama realme C12).

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai spesifikasinya. Memandangkan ia bakal dilancarkan, mungkin berita spesifikasinya bakal hadir pada hari-hari yang akan datang.

Apakah jangkaan anda terhadap peranti mampu milik realme? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version