Site icon TechNave BM

realme C15 bakal dilancarkan dengan bateri 6000mAh, cas pantas 18W

Sementara pasaran Malaysia masih lagi hangat dengan kehadiran realme C11, berbeza pula di negara jiran, Indonesia. realme bakal melancarkan lagi peranti berpatutan dengan bateri besar di pasaran Indonesia pada 28 Julai ini.

Peranti ini bakal hadir dengan nama realme C15. Sementara banyak lagi spesifikasi yang masih tidak diketahui, poster realme C15 di Indonesia telah mendedahkan beberapa spesifikasi penting seperti bateri besar 6000mAh dan sokongan cas pantas 18W. Terdahulu, realme telah mengacah kehadiran peranti berbateri 6000mAh ini.

Selain itu, reka bentuknya pula dilihat hadir dengan paparan takuk titisan air (waterdrop) dan potongan kamera belakang berbentuk segi empat sama (sama seperti potongan kamera realme C11). Namun, reka bentuk badan di belakangnya tidak sama dengan realme C11 kerana ia tidak mempunyai garisan lurus.

Adakah peranti ini juga bakal memasuk pasaran Malaysia? Beritahu kami jangkaan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version