Site icon TechNave BM

realme C15 dengan bateri 6000mAh akan dilancar di Malaysia pada 24 November ini

Terkini, realme Malaysia telah mengumumkan bahawa sebuah lagi telefon pintar dengan bateri 6000mAh akan dilancar di pasaran Malaysia pada 24 November ini. Kelihatannya, ahli keluarga siri realme C kini bertambah dengan kehadiran realme C15.

Terdahulu, ianya telah dilancar di pasaran Indonesia. Mengikut spesifikasinya di pasaran India, ia hadir dengan spesifikasi yang hebat seperti bateri besar 6000mAh, sokongan pengecasan pantas 18W dan 4 kamera utama. Lebih menarik, ia dihuni cipset kelas permulaan yang memfokuskan prestasi gaming iaitu MediaTek Helio G35. Selain bateri 6000mAh, setakat ini kami tidak pasti sama ada spesifikasi di pasaran Indonesia adalah spesifikasi sama yang bakal hadir di pasaran Malaysia.

Untuk menonton siaran langsung pelancarannya, anda boleh ke laman rasmi Facebook realme Malaysia pada 24 November 2020, jam 12PM. Anda boleh menonton video realme C15 terbaru dari kami di pautan ini.

Apakah pandangan anda terhadap realme C15? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Malaysia

Exit mobile version