Site icon TechNave BM

realme C15 dengan cipset Snapdragon akan dilancar kelak

Nampaknya realme belum selesai lagi dengan siri telefon kelas permulaan realme C. Selepas melancarkan realme C11, realme C12, realme C15 dan realme C17 sebelum ini, kini realme akan melancarkan realme C15 Qualcomm Edition yang dilengkapi cipset berlainan dengan C15 asal.

Sebelum ini, realme C15 telah dilancarkan pada bulan Julai yang dilengkapi cipset MediaTek Helio G35. Kini, realme C15 Qualcomm Edition akan menggantikan cipset Helio G35 itu, namun masih tidak pasti cipset Qualcomm yang manakah akan digunakan.

Selain daripada cipset, realme C15 Qualcomm Edition dipercayai akan mempunyai spesifikasi yang sama dengan realme C15 biasa termasuklah bateri 6,000mAh, pengecasan 18W, skrin LCD 6.5 inci HD+ dan empat kamera belakang.

Setakat ini hanya satu sahaja telefon realme C yang dilengkapi cipset Qualcomm iaitu realme C17 yang dilengkapi Qualcomm Snapdragon 460. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version