Site icon TechNave BM

realme C15 dilancar di Malaysia: Snapdragon 460, kamera kuad 13MP, bateri 6000mAh bermula RM599

Terkini, realme Malaysia telah melancarkan sebuah lagi ahli keluarga siri realme C iaitu realme C15. realme C15 hadir dengan penawaran spesifikasi yang tinggi seperti bateri 6000mAh dan sokongan pengecasan pantas.

realme C15 ialah sebuah peranti kelas permulaan, namun ia masih dilengkapi spesifikasi yang hebat seperti bateri besar 6000mAh, sokongan pengecasan pantas 18W dan 4 kamera utama. Berdasarkan senarai spesifikasi di Shopee rasmi realme, peranti ini dijana cipset Snapdragon 460. Anda boleh melihat spesifikasi asasnya di bawah.

Berdasarkan realme, bateri 6000mAh pada peranti ini mampu bertahan sehingga 48 hari (mod standby). Pengecasan selama 30 minit mampu mengecas sehingga 28% dari kapasiti bateri penuh 6000mAh.

realme C15 dengan varian 4GB+64GB boleh mula dibeli melalui Shopee rasmi realme pada 25 November, manakala secara luar talian bermula pada 28 November dengan harga RM599. Dengan pembelian realme C15 di Shopee pada hari jualan pertamanya, anda layak membeli realme Watch dengan harga RM99 sahaja (harga asal RM299).

Varian 4GB+128GB pula boleh didapati pada harga RM699 pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Apakah pandangan anda mengenai realme C15? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version