Site icon TechNave BM

realme C15 dilancarkan: Helio G35, 4 kamera, bateri 6000mAh berharga ~RM583 di Indonesia

Semalam, peranti mampu milik realme C15 telah dilancarkan di pasaran Indonesia dan pasaran India. Namun, kami akan memfokuskan kepada pelancaran realme C15 di pasaran Indonesia dengan penawaran harga bermula pada ~RM583.

Walaupun ianya merupakan sebuah peranti kelas permulaan mampu milik, namun ia masih dilengkapi spesifikasi yang hebat seperti bateri besar 6000mAh, sokongan pengecasan pantas 18W dan 4 kamera utama. Lebih menarik, ia dihuni cipset kelas permulaan yang memfokuskan prestasi gaming iaitu MediaTek Helio G35. Anda boleh melihat spesifikasi asasnya di bawah.

Untuk pengetahuan anda, kapasiti bateri besar 6000mAh dikatakan mampu bertahan sehingga 57 hari pada mod standby (peranti dihidupkan tanpa penggunaan). Menurut realme, anda juga boleh menikmati game PUBG sehingga 30 pusingan.

Di pasaran Indonesia, realme C15 dengan varian 3GB+64Gb berharga 1,999,000 Rupiah (~RM583), varian 4GB+64GB berharga 2,199,000 Rupiah (~RM641) dan varian 4GB+128GB berharga 2,499,000 Rupiah (~RM729).

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia. Adakah anda bakal mendapatkannya jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Indonesia

Exit mobile version