Site icon TechNave BM

realme C17 akan dilancar pada 21 September, bakal dilengkapi Snapdragon 460 dan skrin 90Hz

realme Bangladesh telah mengumumkan bahawa telefon pintar realme C17 akan dilancarkan pada Isnin, 21 September jam 12:00pm (2:00 petang waktu Malaysia). Selain itu, beberapa gambar yang menunjukkan butiran spesifikasi peranti itu juga telah dimuat naik ke dalam internet.

realme C17 dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz, resolusi HD+ iaitu 720×1600 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%. Pengimbas cap jari pula berada di bahagian belakang telefon.

Telefon ini akan dilengkapi cipset kelas permulaan yang baru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 460. Daripada segi memori pula, ia mempunyai RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W melalui USB Type-C.

realme C17 mempunyai kamera utama 13MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret hitam-putih 2MP, manakala kamera hadapan pula adalah satu kamera 8MP. Jika diteliti spesifikasi dan rupa luarannya, ia sangat serupa dengan OPPO A53 melainkan pada kameranya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C17 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version