Site icon TechNave BM

realme C17 dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, kamera quad ultra lebar, 5000mAh berharga RM899

Selain menambah ahli keluarga baharu untuk siri realme 7 iaitu realme 7i, realme turut menambah ahli keluarga baharu untuk siri C, realme C17. realme C17 ialah siri C pertama yang hadir dengan spesifikasi skrin 90Hz.

Berbanding siri C yang lain, realme C17 hadir dengan spesifikasi skrin dengan kadar segar semula 90hz dan kadar bacaan skrin 120hz. Bateri 5000mAh pada realme 7i dikatakan mampu mengecas sehingga 33% dalam masa 30 minit dengan pengecas pantas 18W. Anda boleh melihat spesifikasi asas seperti di bawah.

Menurut realme Malaysia, maklumat penjualan realme C17 akan menyusul kelak. Yang pasti, ianya akan dijual melalui rakan telekomunikasi sah seperti Digi.

Adakah anda akan mendapatkan realme C17? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version