Site icon TechNave BM

realme C17 dilancar: Snapdragon 460 + 90Hz + bateri 5000mAh berharga ~RM778

Seperti ura-ura lepas, realme C17 kini sah dirasmikan dahulu di pasaran Bangladesh. realme C17 ini adalah penambahan daripada keluarga siri C yang sudah sedia ada. Kami akan memaklumkan apakah perbezaan yang dibawah oleh realme C17!

realme C17 ini berbeza dengan varian siri C lain dalam realme melalui salah satu spesifikasinya; janaan cipset Snapdragon 460. realme C17 juga dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Apa pun, ia masih mengekalkan bateri besar 5000mAh seperti yang ada pada realme realme C11. Anda boleh menyemak spesifikasi lengkap realme C17 di sini atau spesifikasi asas seperti di bawah.

Di pasaran Bangladesh, realme C17 tersedia dengan harga 15,990 BDT (~RM778). Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika ianya akan dipasaran di Malaysia.

Adakah anda berminat sekiranya ia dipasarkan di pasaran tempatan? Spesifikasinya dilihat hampir sama seperti OPPO A53 (2020). Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version