Site icon TechNave BM

realme C20 dilancar: Helio G35, 5000mAh, RAM 2GB hanya berharga ~RM437

Terkini, realme telah melancarkan sebuah peranti dengan harga sangat berpatutan di pasaran Vietnam. realme C20 dilancar dengan spesifikasi yang setanding dengan harganya, yang mana hanya 2,490,001 Vietnam Dong (~RM437).

realme C20 ditawarkan dengan spesifikasi asas yang anda boleh semak di bawah. Walaupun hadir dengan storan 32GB, anda boleh menambah storan melalui slot microSD. realme C20 boleh didapati dalam pilihan warna Biru dan Hitam.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat jika peranti ini bakal hadir di pasaran Malaysia. Apakah pendapat anda mengenai realme C20? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version