Site icon TechNave BM

realme C25 dilancar: Helio G70, bateri 6000mAh, tiga kamera 48MP bermula ~RM599

Terkini, realme telah melancarkan realme C25 sebagai ahli keluarga baharu siri realme C buat pertama kalinya di pasaran Indonesia. Seperti siri realme C yang lain, realme C25 turut ditawarkan dengan harga mampu milik di pasaran Indonesia.

Antara spesifikasi menarik pada realme C25 adalah bateri 6000mAh dengan jangka hayat yang baik dan tetapan tiga kamera belakang bersama lensa utama 48MP. Anda boleh menyemak spesifikasi penting realme C25 seperti di bawah.

realme C25 juga hadir dengan sokongan slot 3-kad (2 SIM + 1 microSD), sistem operasi realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan ciri fotografi seperti Nightscape Mode, serta AI Beauty.

Harga realme C25 di pasaran Indonesia adalah seperti di bawah.

Namun, kami tidak pasti jika anda boleh menjangkakan kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia atau tidak kerana masih tiada maklumat yang boleh didapati dari realme Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version