Site icon TechNave BM

realme C25s kini boleh dibeli pada harga RM1 bersama Maxis dan Hotlink

realme Malaysia hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan realme C25s kini boleh dibeli pada harga RM1 sahaja dengan pelan pascabayar Maxis dan Hotlink melalui program Jaringan Prihatin.

Pelanggan boleh membeli kontrak pascabayar selama 24 bulan untuk data bulanan 60GB, 80GB atau 100GB, di samping panggilan telefon dan SMS tanpa had. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli pelan Maxis Zerolution selama 24 bulan untuk harga di antara RM1 hingga RM27 sebulan.

Pelan pascabayar yang terlibat adalah Maxis Postpaid 188, Maxis Postpaid 158 dan Maxis Postpaid 128. Layari laman web Maxis untuk maklumat lanjut.

Pelan pascabayarButiranPembayaran
Maxis Postpaid 188Data bulanan 100GB, panggilan dan SMS percuma kepada semua rangkaian, boleh dikongsi dengan 4 nombor telefon
Yuran: RM188 sebulan
realme C25s berharga RM1 melalui kontrak biasa atau RM1 sebulan x 24 bulan melalui Zerolution
Maxis Postpaid 158Data bulanan 80GB, panggilan dan SMS percuma kepada semua rangkaian, boleh dikongsi dengan 3 nombor telefon
Yuran: RM158 sebulan
realme C25s berharga RM1 melalui kontrak biasa atau RM9 sebulan x 24 bulan melalui Zerolution
Maxis Postpaid 128Data bulanan 60GB, panggilan dan SMS percuma kepada semua rangkaian, boleh dikongsi dengan 2 nombor telefon
Yuran: RM128 sebulan
realme C25s berharga RM1 melalui kontrak biasa atau RM19 sebulan x 24 bulan melalui Zerolution

Buat penerima Jaringan Prihatin yang layak, mereka boleh menerima subsidi RM300 untuk mendapatkan realme C25s pada harga RM1 dengan kontrak 12 bulan sahaja.

Penerima ini juga boleh mendapatkan tambahan data 60GB setiap bulan.

Pelan pascabayarButiranPembayaran
Hotlink Postpaid 60  Data internet 15GB + YouTube 15GB, panggilan dan SMS percuma kepada semua rangkaian

Dapatkan subsidi Jaringan Prihatin bernilai RM300 untuk dapatkan realme C25s untuk RM1 dengan kontrak 12 bulan, percuma data 60GB  
RM60 sebulan
realme C25s berharga RM1

realme C25s telah dilancar pada bulan lepas dan ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G85, skrin 6.5 inci, RAM 4GB, storan dalaman 128GB, tiga kamera, bateri 6,000mAh serta pengecasan pantas 18W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan realme C25s melalui program ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version