Site icon TechNave BM

realme C30 dilancar di Malaysia: Telefon kelas permulaan bermula dari RM429 sahaja

Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan iaitu realme C30. realme mengatakan ini adalah telefon terbaik yang dijual pada harga bawah RM500 dan menampilkan fungsi yang cukup untuk kegunaan harian.

Telefon ini mempunyai permukaan belakang berjalur Vertical Stripe Design yang serupa seperti corak luaran pada sebuah bagasi. Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu biru Lake Blue, hijau Bamboo Green dan hitam Denim Black.

Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Unisoc T612 1.8GHz dengan nod proses 12nm, storan dalaman UFS 2.2, bateri besar 5,000mAh dan skrin berukuran 6.5 inci. Ia turut menyediakan ruang untuk dua kad SIM dan kad memori microSD yang boleh membesarkan memori sehingga 1TB.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 8MP yang boleh zum sehingga 4x dan kamera swafoto 5MP. Berikut ialah spesifikasi penuh untuk realme C30:

realme C30 boleh mula dibeli di semua kedai realme Malaysia Authorised Stores bermula 16 Julai 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version