Site icon TechNave BM

realme C30 dilancar: Telefon kelas permulaan dengan skrin 6.5″, bateri 5,000mAh bermula ~RM425

realme telah memperkenalkan sebuah telefon pintar kelas permulaan baharu di India iaitu realme C30. Seperti telefon lain dalam kategori ini, ia mempunyai bateri besar dan skrin LCD berukuran 6.5 inci.

Skrin telefon ini mempunyai resolusi HD+ dan takuk berbentuk titisan air di bahagian atas untuk menempatkan kamera swafoto 5MP. Di belakang, ia mempunyai permukaan plastik dengan corak jalur menegak dan ditawarkan dalam warna hijau Bamboo Green atau biru Lake Blue.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Unisoc T612 dengan nod proses 12nm, RAM 2GB atau 3GB, storan dalaman 32GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD, bateri 5,000mAh dan pengecasan 10W. Sistem antara mukanya (UI) ialah realme Go Edition berdasarkan Android 11.

Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 8MP. Ciri-ciri lain termasuklah port micro USB, bicu audio 3.5mm dan sokongan dwi-kad SIM.

realme C30 akan dijual di India pada harga bermula INR7,499 (~RM425) dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kali terakhir telefon realme C dilancar di Malaysia adalah realme C35 yang dilancar pada bulan Februari lalu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme India

Exit mobile version