Site icon TechNave BM

realme C31 dilancar: Unisoc T612, skrin 6.5″ 120Hz dan bateri 5,000mAh bermula ~RM470

Baru-baru ini, realme telah melancarkan telefon pintar baharu dalam siri C iaitu realme C31. Untuk pengetahuan, siri realme C merupakan peranti bajet rendah dan realme C31 tidak terkecuali daripada legasi ini.

realme C31 mempunyai skrin LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+ dan kadar pensampelan sentuhan 120 Hz serta takuk titisan air (waterdrop notch). Telefon ini dilengkapi cipset Unisoc T612 12nm hadir bersama GPU Mali-G57, RAM LPDDR4X 4GB, storan dalaman UFS 2.2 64GB dan slot mikroSD untuk pengembangan storan.

Daripada segi kamera, realme C31 mempunyai tiga kamera belakang dan denyar LED. Kamera utama mempunyai resolusi 13MP dengan apertur f/2.2, makro dan kamera B&W. Bahagian hadapannya memiliki kamera swafoto 5MP.

Selain itu, realme C31 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui port USB-C, pengimbas cap jari dan bicu audio 3.5mm. Telefon ini dilengkapi antara muka realme UI R Edition berasaskan Android 11.

realme C31 tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Perak Muda dan Hijau Gelap. Peranti ini berukuran 164.7 x 76.1 x 8.4 mm dan berat 197 gram. Daripada segi sambungan, telefon ini menawarkan dwi SIM, 4G, Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth 5.0, GPS, Beidou dan Galileo.

Ia hadir dengan dua pilihan memori iaitu 3/32GB berharga IDR 1,599,000 (~RM470) dan 4/64 GB berharga IDR 1,649,000 (~RM485). Tidak ada berita mengenai keluaran di pasaran lain. Walau bagaimanapun, kami percaya ia akan dipasarkan di India dan global tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version