Site icon TechNave BM

realme C35 dilancar di Malaysia: Unisoc T616, kamera 50MP dan 5,000mAh bermula RM649

Baru-baru ini, realme selaku jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia secara rasminya memperkenalkan telefon pintar tahap permulaan terbaru di Malaysia iaitu realme C35.

Realme C35 menawarkan kamera utama 50MP tahap perdana sama seperti yang terdapat pada realme GT2 Pro dengan apertur besar f/1.8, kamera B&W f/2.8 untuk tangkapan potret dan sensor makro f/2.4 sehingga 4cm.

realme C35 hadir dengan bezel sudut kanan baharu menggunakan plat 2D senipis 8.1mm. Hasilnya, ia adalah telefon paling nipis yang terdapat dalam segmennya. Peranti ini tersedia dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Glowing Black dan Glowing Green.

realme C35 mempunyai kualiti yang paling tahan lama dalam segmen dengan dwi-pensijilan Kebolehpercayaan Tinggi Telefon Pintar TUV. Mengandungi 23 ujian, realme C35 diperakui untuk membawa kebolehpercayaan dan ketahanan terhadap suhu melampau, penggunaan dan penyelenggaraan, kalis jatuh dan banyak lagi.

Membawa kualiti sebenar kepada pengguna, realme C35 melepasi 300 ujian untuk memberikan pengguna pengalaman telefon pintar yang tahan lama. Dilengkapi dengan cipset Unisoc T616 yang berkuasa, realme C35 mendapat markah 230,726 pada penanda aras AnTuTu. realme C35 juga merupakan telefon pertama dalam siri C yang menampilkan Teknologi DRE Dynamic RAM.

realme C35 berkapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W dan menggunakan paparan FHD 6.6 inci. Peminat boleh mendapatkan realme C35 di Kedai Rasmi realme Malaysia di Shopee mulai 21 Februari 2022. Peranti ini tersedia untuk dibeli mulai 25 Februari 2022 di semua Kedai Sah realme.

Sempena pelancaran realme C35, realme Malaysia menganjurkan beberapa promosi untuk semua peminatnya di Malaysia:
• Pelanggan akan menikmati tawaran diskaun realme C35 4+64GB pada harga RM549 (RRP 649) dan 4+128GB pada harga RM599 (RRP 699) sempena jualan hari pertamanya pada 21 Februari sahaja di kedai rasmi realme Malaysia di Shopee.
• Dengan pembelian realme C35 dari 25 Februari hingga 27 Februari 2022 di kedai sah realme, pelanggan boleh menikmati jaminan enam (6) bulan tambahan selain jaminan 12 bulan peranti yang sedia ada tanpa caj tambahan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version