Site icon TechNave BM

realme C53 akan dilancar di Malaysia pada 6 Jun 2023

realme baru sahaja mengesahkan untuk melancarkan realme C53 pada 6 Jun 2023 ke pasaran Malaysia. realme telah mendedahkan penampilan pertamanya dan mengesahkan bahawa semua produk siri C tahun ini akan menampilkan “Mini Capsule”.

Bahagian belakang realme C53 menampilkan rekaan Shiny Champion menunjukkan tekstur garisan dan kesan cahaya keemasan. realme C55 adalah peranti pertama yang menampilkan Kapsul Mini dan telah mendapat respon yang baik oleh pengguna global.

Diikuti C53, pengguna kini boleh menikmati pemberitahuan status bateri, penggunaan data dan statistik. Buat sementara ini, hanya ini sahaja butiran yang didedahkan dan kami pasti ia tidak terlalu jauh dengan spesifikasi C55.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version