Site icon TechNave BM

realme C53 akan tampilkan RAM 12GB, storan 128GB, skrin 90Hz 6.74″ dan kamera AI 50MP

Semalam, kami melaporkan bahawa realme C53 akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Jun 2023. Sebelum pelancarannya, realme Malaysia telah menyiarkan beberapa spesifikasi peranti itu rasmi di laman web rasmi mereka.

realme C53 disahkan mempunyai RAM sehingga 6GB, storan 128GB dan paparan 90Hz 6.74 inci. Cipset okta-teras yang digunakan masih tidak diketahui tetapi jangkaan kami adalah daripada MediaTek tanpa sambungan 5G. RAM Dinamik juga boleh ditambah sehingga 12GB secara keseluruhan dan pengguna boleh mengembangkan ruang storan lebih banyak melalui kad mikroSD sehingga 2TB.

Terdapat kamera AI 50MP sebagai kamera utama tetapi dua lagi kamera belakang tidak disebut manakala kamera hadapannya membawa sensor 8MP. Selain itu, baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan SuperVOOC 33W. Akhir sekali, C53 juga akan mempunyai ciri Kapsul Mini seperti  realme C55  bersama realme UI T Edition berdasarkan Android 13.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Malaysia

Exit mobile version