Site icon TechNave BM

realme C53 dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz 6.74″, RAM 12GB dan pengecasan SuperVOOC 33W pada RM599

realme C53 telah dilancarkan di Malaysia pada hari ini pada harga RM599 untuk satu-satunya varian yang ada iaitu 6GB+128GB. Anda mempunyai dua pilihan warna iaitu Champion Gold dan Mighty Black.

realme C53 menampilkan paparan 90Hz 6.74 inci dengan bantuan prestasi oleh cipset okta-teras. Paparannya memberi kesan warna skrin 16.7M dan kecerahan puncak sehingga 560nits. RAM Dinamik juga boleh ditambah sehingga 12GB secara keseluruhan dan pengguna boleh mengembangkan ruang storan lebih banyak melalui kad mikroSD sehingga 2TB.

Terdapat kamera AI 50MP sebagai kamera utama tetapi dua lagi kamera belakang tidak disebut manakala kamera hadapannya membawa sensor 8MP. Selain itu, baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan SuperVOOC 33W. Ia menyokong pembesar suara ultraboom dengan peningkatan audio sehingga 150%.

Spesifikasi lain termasuk C53 juga akan mempunyai ciri Kapsul Mini seperti  realme C55, realme UI T Edition berdasarkan Android 13, pengimbas cap jari di sisi dan tiga slot kad. Untuk pengetahuan anda, realme C53 merupakan telefon pintar realme yang paling nipis pada 7.49mm sahaja.

Dalam pada itu, anda boleh dapatkan realme TechLife Air purifier pada harga RM699 (RRP: RM799) di Lazada dan Shopee mulai 7 – 8 Jun 2023. realme Smart TV 4K 50 inci juga dalam promosi pada harga RM1,099 (RRP: RM1,599) hanya di Shopee dan pelan untuk realme C55 melalui Digi, Celcom dan Maxis.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version