Site icon TechNave BM

realme C53 dipertingkatkan dengan RAM 16GB dan storan 256GB berharga RM699

realme melancarkan versi dinaik taraf model realme C53 yang membawa kamera utama AI 50MP dan pengecasan SUPERVOOC 33W, konfigurasi yang dipertingkatkan termasuk RAM 8GB yang boleh dikembangkan menjadi jumlah 16GB dan storan 256GB mengatasi model sebelumnya.

realme C53 yang dinaik taraf berharga RM699 boleh didapati mulai 10 November di kedai jenama realme, pengedar sah dan kedai realme rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok. Telefon pintar ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Champion Gold dan Mighty Black menggabungkan reka bentuk anggun dengan estetika Shiny Champion.

Ia menyokong dua kad SIM Nano dan kad MicroSD membolehkan pengembangan storan luaran sehingga 2TB. Selain itu, ia dikuasakan oleh bateri 5,000mAh dan pemproses okta-teras T612 sambil menampilkan Mini Kapsul Android yang pertama.

Sepsifikasi lain termasuk pembesar suara UltraBoom 150%, pengimbas cap jari sisi pantas dan sebagai telefon pintar paling nipis pada 7.49mm. Ia menempatkan skrin 6.74 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan kamera belakang utama 50MP.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version