Site icon TechNave BM

realme C55 bakal dilancar di Malaysia pada 28 Mac 2023

Kini, telah disahkan bahawa realme Malaysia akan melancarkan realme C55 di Malaysia pada 28 Mac 2023, hanya seminggu dari sekarang.

Selain itu, nampaknya malaysia mungkin mendapat varian 8GB + 256GB. Daripada segi harga, kami masih tidak mempunyai sebarang maklumat namun, sebagai rujukan, model ini berharga 2,999,000 Rupiah di Indonesia (~RM871). Ini mungkin bermakna telefon pintar ini berada pada julat harga RM1,000.

Selain itu, realme C55 turut menampilkan cipset MediaTek Helio G88, paparan FHD 90Hz 6.52 inci dan bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 33W. Terdapat juga dwi- kamera belakang 64MP + 2MP, kamera hadapan 8MP dan yang terakhir sekali, ciri seperti Dynamic Island.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version