Site icon TechNave BM

realme C55 dilancar di Malaysia: Kamera 64MP, cas pantas 33W, skrin 90Hz bermula RM699

Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru dalam siri realme C iaitu realme C55. Seperti telefon lain dalam siri realme C, realme C55 dilengkapi pelbagai fungsi menarik dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

realme mengatakan realme C55 adalah telefon termurah yang menawarkan kamera utama 64MP, menggunakan sensor sama yang terdapat pada realme GT Master Edition. Sensor kamera utama realme C55 adalah 54% lebih besar berbanding realme C35 sebelum ini. Ia turut dilengkapi kamera hitam-putih 2MP serta kamera swafoto 8MP.

Satu ciri menarik pada skrin realme C55 adalah fungsi Mini Capsule pada kamera swafotonya, di mana ia akan memaparkan animasi unik di sekeliling kamera swafoto untuk fungsi-fungsi tertentu seperti pengecasan dan pemberitahuan aplikasi. Ini adalah serupa dengan Dynamic Island pada iPhone 14.

Skrinnya berukuran 6.72 inci dengan resolusi FullHD+ dan kadar segar semula 90Hz. realme C55 juga menampilkan badan yang paling nipis untuk siri realme C setakat ini, dengan kenipisan 7.89mm sahaja. Ia akan ditawarkan dalam warna kuning Sunshower dan hitam Rainy Night.

realme C55 turut dilengkapi storan dalaman sehingga 256GB dan RAM sehingga 8GB yang boleh dibesarkan sebanyak 8GB lagi dengan fungsi Dynamic RAM Expansion (DRE). Berikut adalah spesfikasi penuh untuk realme C55:

Pelanggan yang membelinya di realme Official Brand Store sebelum 30 Mac 2023 akan menerima fon telinga realme Buds 2 Neo dan jaminan lanjutan 6 bulan secara percuma. Pembeli yang membeli dalam tempoh 31 Mac hingga 6 April pula akan menerima jaminan lanjutan 6 bulan secara percuma.

Pelanggan di laman rasmi realme dalam Lazada atau Shopee pada 31 Mac sahaja akan menerima realme Buds 2 Neo, jaminan untuk perlindungan skrin retak dan rantai kunci realmeow secara percuma.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C55 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version