Site icon TechNave BM

realme C63 dilancar, dilengkapi skrin 90Hz, cas pantas 45W, bateri 5,000mAh bermula ~RM560

realme telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan di Indonesia iaitu realme C63. Sebagai peranti dalam siri realme C, ia merupakan telefon mampu milik yang dilengkapi spesifikasi dan fungsi yang cukup untuk kebanyakan tugasan harian.

Ciri paling menarik untuk telefon ini adalah pada bahagian belakangnya yang mempunyai tekstur kulit iaitu sesuatu yang jarang ditawarkan untuk telefon pada kategori harga ini. Tekstur kulit hanya akan ditawarkan untuk warna biru Leather Blue, manakala warna hijau Jade Green mempunyai permukaan plastik sahaja.

Badannya mempunyai rating kalis air IP54, pengimbas cap jari di bahaagian sisi, ruang kad memori microSD, port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Selain itu, di belakang ia mempunyai tiga bulatan hitam mirip iPhone Pro, menempatkan dua lensa kamera dan satu lampu denyar LED. Kamera tersebut terdiri daripada kamera utama 50MP dan satu lagi kamera tambahan.

Di hadapan, ia mempunyai skrin LCD berukuran 6.74 dengan resolusi HD+, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 560 nits. Ia menawarkan fungsi-fungsi tambahan seperti Mini Capsule yang menunjukkan bar notifikasi khas di bahagian atas skrin (mirip Dynamic Island dalam iPhone) dan Rainwater Smart Touch yang memudahkan anda menggunakan skrin walaupun sewaktu ia basah.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Unisoc T612, RAM sehingga 8GB, storan dalaman sehingga 256GB, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W. Fungsi-fungsi lain termasuklah NFC dan Dynamic BUtton.

realme C63 akan dijual di Indonesia pada harga bermula IDR1,999,000 (~RM560) untuk varian terendah. Untuk pasaran Malaysia, ia akan dilancar pada 5 Jun 2024.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version