Site icon TechNave BM

realme C65 akan dilancar pada 2 April 2024

realme bakal memperkenalkan telefon pintar mampu milik realme C65 pada hari Selasa, 2 April 2024. Ia akan dilancar di Vietnam terlebih dahulu pada 2 April, kemudian jualannya akan bermula pada 4 April.

Menurut Naib Presiden realme Chase Xu, realme C65 akan dilancar di Indonesia, Bangladesh, Malaysia, Flipina dan beberapa negara lain. Beliau juga berkata realme C65 adalah telefon ternipis dalam segmennya. realme Vietnam telah berkongsi rekaan telefon tersebut, di mana ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu ungu, perang dan hitam.

Satu ciri menarik pada realme C65 adalah bonggol kameranya yang jauh berbeza dengan mana-mana telefon realme C sebelum ini. Ia menampilkan tiga bonggolan lensa yang berasingan dan disusun secara menegak, membuatkannya nampak seperti Samsung Galaxy S22.

realme C65 akan turut menampilkan butang khas Dynamic Button seperti yang diperkenalkan pada realme 12 5G pada beberapa hari lalu. Spesifikasi untuk realme C65 masih belum diketahui setakat ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C65 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version