realme sekali lagi mencuri perhatian industri dengan pengenalan model terbarunya, realme C71 yang bakal dilancarkan pada 12 Jun. Dikenali sebagai jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, realme tampil berani menukar persepsi terhadap telefon kelas permulaan menerusi gabungan rekaan elegan dan spesifikasi luar biasa.
Antara ciri paling menonjol adalah bateri 6,300mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 45W yang membolehkan pengguna mendapatkan penggunaan sehingga dua hari hanya dengan satu jam pengecasan. Menariknya, telefon ini juga menyokong pengecasan terbalik (reverse charging) 6W yang membolehkan pengguna mengecas peranti lain menggunakan C71, menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Daripada segi reka bentuk, realme C71 menampilkan profil ultra-nipis 7.79mm dengan konsep Light Feather Design, menjadikannya antara telefon paling ringan dan selesa dalam segmen bajet. Ia turut diserikan dengan lampu Pulse Light yang bertindak balas terhadap notifikasi dan status pengecasan.
Bagi pengalaman audio pula, realme C71 hadir dengan ultra volume 400% untuk memastikan bunyi kekal kuat dan jelas dalam pelbagai suasana. Ditawarkan dalam dua warna bergaya, telefon ini bukan sekadar menawarkan ketahanan dan prestasi, tetapi ia juga membuktikan bahawa telefon bajet tidak perlu kelihatan murah.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

