Site icon TechNave BM

realme C75 dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, cas pantas 45W, rating IP68 IP69 bermula RM699

realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas permulaan baharu dalam siri realme C iaitu realme C75. Dengan harga bermula RM699 sahaja, telefon ini dilengkapi spesifikasi yang cukup untuk kegunaan harian, serta mempunyai mutu buatan yang tahan lasak.

Ini merupakan telefon pintar mampu milik pertama yang mempunyai rating kalis air IP66, IP68 dan IP69. Selain itu, badannya dibuat dengan rekaan kaca ArmorShell, rangka aluminium dan mempunyai pengiktirafan tentera MIL-STD 810H Military Grade Shock Resistance Test bagi menawarkan mutu buatan yang amat tahan lasak.

Baterinya mempunyai kapasiti yang sangat besar iaitu 6,000mAh yang menawarkan waktu standby selama 24 hari. Ia juga menyokong kadar pengecasan pantas 45W yang boleh mengecas penuh dalam masa 90 minit sahaja.

Skrinnya pula mempunyai resolusi 1080p dengan kadar segar semula 90Hz. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme C75:

realme C75 boleh dibeli di realme Brand Stores, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version