Site icon TechNave BM

realme datang lagi, realme 7 5G akan dilancar di Malaysia 17 Disember ini

Terkini, realme telah mengumumkan bahawa satu lagi peranti realme dengan sokongan 5G bakal tiba di pasaran Malaysia. Peranti baru ini bukanlah siri baharu, tetapi tambahan kepada ahli keluarga siri realme 7. realme 7 5G bakal dilancar secara rasmi pada 17 Disember ini.

Untuk menonton siaran langsung pelancaran, anda boleh ke laman Facebook rasmi realme Malaysia pada 17 Disember 2020, jam 12 tengah hari. Terdahulu, realme 7 5G telah dilancar buat kali pertama di pasaran Eropah dengan skrin LCD 6.5 inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh dan cas pantas 30W Dart Charge.

Adakah anda berminat dengan realme 7 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak spesifikasi lanjut dan harga peranti realme disini!

Exit mobile version