Site icon TechNave BM

realme datang lagi, realme C17 muncul di Geekbench dengan Snapdragon 460

Mungkin kita merasa bahawa realme sudah melahirkan banyak generasi keluarga siri realme C, namun sebaliknya untuk realme. realme kini dilihat bakal melancarkan ahli keluarga terbaru realme C17 dalam waktu yang terdekat.

realme C17 dilihat muncul di penanda aras Geekbench dengan nombor model RMX2101, memaparkan janaan cipset Snapdragon 460 (cipset kelas permulaan yang dilancarkan awal tahun 2020) bersama RAM 6GB (RAM yang tertinggi dalam siri C setakat ini).

Peranti yang sama, realem C17 juga dilihat melapasi kelulusan Sertifikasi Indonesia dan TKDN, serta agensi di Thailand. Walau bagaimanapun, tiada spesifikasi yang lain dapat dipaparkan. Mungkin kita akan melihat maklumat spesifikasi lain pada hari-hari yang akan datang.

Memandangkan keluarga siri C semuanya dilengkapi bateri besar sehingga 6000mAh, mungkin juga realme C17 bakal dihuni bateri berkapasiti besar.

Adakah anda teruja dengan kehadiran realme C17? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai keluarga realme C!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version