realme Malaysia mengumumkan pelancaran realme Day iaitu acara promosi bulanan yang bakal berlangsung setiap 28 haribulan dan menawarkan pelbagai tawaran istimewa serta hadiah terpilih untuk peminat setia mereka.
Sempena edisi pertama pada tahun ini, pelanggan berpeluang menikmati tawaran Purchase with Purchase (PWP) dengan harga bermula serendah RM2.80. Promosi ini akan berlangsung dari 26 hingga 28 Julai 2025, khusus untuk pembelian telefon pintar atau tablet realme bernilai melebihi RM500 di kedai terpilih seluruh negara.
Tawaran PWP realme Day menawarkan realme Original Charger pada harga RM2.80, realme Buds T01 dan Buds Air6 masing-masing RM28, realme C33 pada RM128 serta realme 9 pada RM280, tertakluk kepada terma dan syarat.
Promosi boleh didapati di kedai terpilih seperti Mid Valley, Sunway Pyramid, Amanjaya, Ipoh Parade, Paradigm Mall JB, AEON Bandaraya, AEON Mall Kuching Central, Imago Shopping Mall dan AEON Mall Kota Bharu. realme Day dijangka menjadi acara bulanan pilihan pengguna yang ingin mendapatkan penjimatan besar atau menghadiahkan gajet teknologi pada harga mampu milik.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

